PENGENALAN                                          

 Koperasi bekas Polis Selangor Berhad (KBPSB) adalah sebuah organisasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). KBPSB telah ditubuhkan pada 30 Mei 2000 dan didaftarkan dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liability terhad.

 Koperasi ini menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk anggota, perniagaan-perniagaan bertarafkan korporat seperti membekal minyak pelincir ke bengkel-bengkel servis kereta seluruh Malaysia, menjual produk cenderahati berasaskan logo koperasi dan perkhidmatan yang bukan berasaskan produk seperti pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, gadaian harta dan mengendalikan projek-projek publisiti dan pengiklanan.

  Semua urusan perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Bekas Polis Selangor Berhad adalah melalui Jabatan Pengurusan Korporat yang beribu pejabat di Puchong dan diterajui oleh tenaga - tenaga kerja yang berpengalaman mengikut kelulusan tersendiri seperti Bachelor Science of Human Development and Management, BBA (Hons) Risk Management & Insurance, Degree of Accounting, Diploma in Business Management (Human Resource Management), Diploma in Business Study, Diploma in Business Management, Diploma in Human Capital Management, Diploma in Banking & Finance, Diploma in                Co-operative Management, Diploma in Computer Technology (Networking),Certificated of TCP/IP Networking. Keseluruhan dari tenaga kerja ini bekerja didalam bidang pengkhususan dan kelayakan tersendiri. Bagaimanapun, wujudnya Koperasi Bekas Polis Selangor Berhad ini adalah hasil usahasama dari tenaga kerja yang bertungkus lumus untuk menjayakan koperasi dan memartabatkan taraf koperasi setaraf antarabangsa. 

MISI & VISI

 

Misi Korporat

      Menjadikan Koperasi Bekas Polis Selangor Berhad sebagai sebuah koperasi cemerlang dan dinamik dengan menyerapkan nilai-nilai ketelusan, kejujuran dan keluhuran budi di dalam segenap aspek pengurusan, pelaburan dan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan koperasi dan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan untuk membantu dan mengubah taraf hidup anggota kepada yang lebih berjaya dan berdaya saing.

Visi Korporat

  • Menjayakan dan mengaktifkan aktiviti perniagaan koperasi agar selaras dengan dasar koperasi Negara.
  • Meneroka dan mempelbagaikan bidang perniagaan agar ianya dapat di perluaskan ke peringkat antarabangsa.
  • Mengukuhkan dan memajukan perniagaan serta pengurusan syarikat sedia ada kepada lebih professional.
  • Menitikberatkan mutu perkhidmatan dan layanan mesra kepada pelanggan dan anggota koperasi.
  • Menyelami keperluan dan kehendak orang ramai agar dapat dibantu untuk meningkatkan taraf pendapatan dan sosio ekonomi mereka.
  • Mewujudkan banyak program atau rangkaian perniagaan dikalangan masyarakat agar wawasan yang dirancang dapat dicapai dengan lebih efektif, cekap dan berkesan.

 

                                                                                                                                     >>Atas  

USAHASAMA

 

DI BAWAH NAUNGAN

 

    

PENAWAR SOPAK

SUBSIDI HAYAT


Super Share

Share on Facebook